Pengenalan

Modul Profil Kepimpinan Pemimpin Sekolah Johor

Profil Kepimpinan Pemimpin Sekolah Negeri Johor (J-ProKiPS) merupakan satu instrumen yang digunakan sebagai kaedah untuk mengumpul maklumat dan data berkaitan kompetensi kepimpinan pemimpin sekolah di Negeri Johor. Berdasarkan analisis data yang dikumpul, status kompetensi kepimpinan dalam kalangan pemimpin sekolah dapat kenal pasti. Maklumat tentang status berdasarkan data sebenar ini dapat membantu pemimpin sekolah dan pegawai-pegawai SIPartner+ menentukan aspek kepimpinan yang perlu diberi fokus untuk dibangunkan, melaksanakan strategi dan pelan pembangunan yang sesuai untuk digunakan dan seterusnya meningkatkan kompetensi kepimpinan pemimpin sekolah ke tahap yang lebih baik.

Sementara itu, Modul J-ProKiPS pula telah dibangunkan bagi membantu pemimpin sekolah meningkatkan kompetensi kepimpinan mereka ke tahap yang lebih baik. Hal ini kerana Modul J-ProKiPS merupakan modul pembelajaran yang boleh diakses secara atas talian untuk digunakan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian dan keselesaan pembaca.Modul ini merupakan pelengkap dalam proses Coaching and Mentoring antara pegawai SIPartner+ dengan Pengetua/ Guru Besar (PGB). Modul ini merupakan bahan belajar yang digunakan oleh pembaca khususnya PGB dan SIPartner+ untuk mendalami pengetahuan bagi meningkatkan kompetensi kepimpinan.

Modul ini memiliki struktur yang khas bagi memudahkan pembaca mamahami kandungannya berdasarkan deskripsi skor tertinggi bagi setiap aspek dalam J-ProKiPS.  Setiap sebuah modul mungkin berulang isi kandung dan huraiannya dengan modul yang lain. Hal ini kerana isi kandungnya berdasarkan kerja buat yang diterjemahkan daripada skor tertinggi yang terdapat dalam deskripsi skor setiap aspek dalam J-ProKiPS



Ternyata sebuah modul dapat saja dirancang untuk dibaca dan difahami hanya dalam waktu satu jam, atau sehari atau  bergantung kepada tujuan modul itu digunakan. Bagi memastikan modul ini sesuai dengan tujuannya dan objektifnya, penambahbaikan modul-modul ini akan sentiasa dilakukan berdasarkan keperluan dan maklumbalas pembaca. 

No comments:

Post a Comment